Assalamualaikum...
Dalam post terdahulu ambo ada tulis fakta2 denggi, pengebab dan langkah pencegahan. Sari dua ni byk kes2 denggi kita dgr,dikawasan ambo ada beberapa kes yg dirujuk ke Hospital Machang.
Bulan lepas seorang wanita berbangsa Cina telah meninggal di sebabkan denggi, dan minggu lepas 1 kes lagi dikesan, juga berbangsa cina, sbelah je kedai ambo ni. Tp alhamdulillah cepat ke hospital dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.
Berpunca dari kes-kes ni, kawasan ambo diisytihar Kawasan Wabak Denggi oleh Pusat Kesihatan Machang, usaha-usaha pencegahan telah dilakukan oleh pihak berwajib dan orang ramai.
Beberapa hari yg lepas, semburan kabus (ambo x tau nak panggil apo) telah dijalankan di sekitar bandar Machang. Semua premis2 jualan,rumah kediaman di sembur kabus.
Seingat ambo ni msk 2 kali doh... dan setiap kali semburan akan dilakukan 2 waktu, senja dan awal pagi. Berasap la kwasan kedai ambo aritu... tp suka la tgk. Bkn suka sbb datang bala, tp suka tgk penduduk sedar mengenai kebersihan sekitar. Tin-tin ditanam, longkang-longkang dibersihkan. rok-rok (semak-samun) ditebas. Alhamdulillah... hikmah di sebalik sesuatu peristiwa tu mesti ada...
Harap lepas ni kampung-kampung kita semua akan senantiasa indah dan nyaman... Amin...
Laluan ke rumah ambo...
Dlm rumah ambo...Asap bekelo..
Dalam kedai ambo pun bekelo jgk asap
Saturday, August 21, 2010
Denggi.... Eeee takut.. Nauzubillah..
Demam Denggi
- merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
Tanda-tanda jangkitan
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Cara Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu
Ingat... mencegah lebih baik dari merawat

Subscribe to:
Posts (Atom)