Template by:
Free Blog Templates

Wednesday, May 22, 2013

Salam Subuh Untuk Saing Sahabat

Assalamualaikum wbt.

Salam Subuh untuk sekalian teman sahabat, lamo sungguh che din tak berbloging. Tak dan ngan masa, masa sgt mencumburui che din. Siang bekerja, malam berjaga. kaya nya tidak. Kadang terfikir jgk, kenapa Allah hanya memberi kita tempoh masa hanya 24 sehari?
Jawapannya...
Tak payah nak fikir² kenapa 24 jam, apa yang harus kita fikirnya apa yang kita buat dalam tempoh 24 jam tu. Bermula dari seawal Subuh... sehinggi akhir solat Witir kita. apa yang kita buat?... haaaa baru jolo dop. Blh jugak muhasabah diri.

Hari ni byk peristiwa² yang penting berlaku, ada yang molek (Alhamdulillah) ada yang tak molek (Subhanallah) hanya Allah sahaja yang tahu hikmah disebalik kejadian. Hok suka... hok duka... semua dalam pemerhatianNya. Yang penting, +VE thingking oram putis kata.

Ingat... teguh kan imam, Allahu Akbar sentiasa no.1 dalam kehidupan kita.

Malam semalam sibuk dalam wall² saing sobat che din pasal Kelate tewas di tangan JDT, ada komen membina, ada maki hamun. Bia lah... tu asam garam sukan bolasepak. Kalau takde rempah ratus tu... dia akan jadi tawar hebey. TAPI

Ado jgk sesetengah yang taasub / fanatik pada team negeri sampai mempermainkan kalimah Syahadah... Allahu Rabbi. Jgn la begitu dik. takde gunalah kita sekunsembey solat 5 waktu, alih² sbb bola aqidah kita punoh ranoh.

Ingat... teguh kan imam, Allahu Akbar sentiasa no.1 dalam kehidupan kita.

Jika kita dah tanam siapa no.1 dalam kehidupan kita... segala keje buat kita, perbuatan kita, pertuturan kita. Tak lari dari lunas agama kita.
Bak kato pepatah org lamo "Lembu yang ditambat, g lah kemana²pun, dia tetap akan mari ke pelunggol semula"

Ok lah kalu buat kali ni... esok pulok insyaAllah kalu panjang umo... che din nulis lg...

Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan Terakhir Bersama Abi



Ramadhan kembali lagi, bulan untuk seluruh umat Islam bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat kerana ganjaran pahala yang besar dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada makhluk ciptaanNya. Berbagai ujian, cabaran, suka duka nak tak nak harus ditempuh oleh semua makhluk di muka bumi ini. Tiap kali bulan Ramadhan hadir, kenangan silam bersama Abi menusuk kalbu.

                Masih segar diingatanku ketika itu bulan Sya’ban hampir meninggalkanku. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sudah menjadi kebiasaan diriku untuk pulang ke kampung menghabiskan sisa-sisa bulan Sya’ban seterusnya menyambut bulan Ramadhan bersama keluarga.

29 Sya’ban 1427H

Aku pulang ke kampungku di Machang,Kelantan menghabiskan cuti hujung minggu. Matlamatnya tak lain tak bukan untuk memulakan ibadat puasa bersama keluarga. Pagi tersebut amat sunyi, Abi dan Umi tiada dirumah kerana menghadiri Kursus Haji Perdana anjuan Tabung Haji di Kota Bharu. Aku membantu sepupuku menyiapkan kerja-kerja wiring  di dapur.

Tengahari menjelang, Abi pulang dan terus menyuruhku membeli gulai kerutuk daging untuk dijadikan lauk makan tengahari kami sekeluarga. Aku menurut perintah, tapi sayang, kerutuk kegemaran Abi habis, hampir seluruh kedai makan di Machang aku bertanya, jawapannya tepat sama. “Kerutuk abih doh dik”. Nampaknya kami makan biasa ajelah tengahari tersebut

Usai makan, Abi memberikan 2 fail kepadaku. Aku faham, memang tugas ku jika adikku tiada. Menyusun dan memasukkan nombor-nombor ke komputer menjadi tugasanku pada tahun tersebut. Bila siap nombor-nombor disusun dan dikey-in maka terhasillah 1 jadual solat untuk tahun berikutnya 1428H. Abi merupakan seorang menyusun Taqwim solat bagi Negeri Kelantan. Sejak pencen, Abi tidak berhenti dari berdakwah dan berpesatuan. Persatuan Falak Syari’e menjadi pilihan abi sejak bertahun-tahun lagi. Bermula dari ahli sehinggalah memegang jawatan Pengerusi di peringkat negeri seterusnya di peringkat Kebangsaan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, selepas Asar Abi bersama rombongan akan pergi meneropong anak bulan, Abi sempat berpesan agar segera menyiapkan susunan taqwim sebab date-line sedah dekat. Aku terus tercongok depan pc sehingga maghrib. Tugasanku berjaya ku siapkan. Terus bersiap-siap solat maghrib dan menunggu Abi untuk solat terawih berjemaah di rumah. Menjadi kebiasaan keluargaku solat terawih dirumah sahaja.

1 Ramadhan 1427H

Sesudah sahur, aku akan terus tidur. Melelapkan mata menunggu Subuh. Kalau tak bangun Subuh alamatnya kain tualalah akan hinggap di belakang. Perit tidak terkatalah. Aku menghabiskan hari terakhir di kampungku dengan bermacam-macam aktiviti. Tidak seperti tahun-tahun sudah. Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk abi berada di rumah. Membaca al-Quran menjadi rutin harian Abi. Senaskah al-Quran besar menjadi teman Abi. Tapi sepanjang 3 hari aku dikampung, rasa sekejap saje aku bersama beliau. Seingat aku 2 kali saje, itupun ketika Abi ada perkara yang ingin disuruh aku membuatnya

Petang tersebut aku ke bazar Ramadhan. Pusing-pusing mencari juadah untuk berbuka. Tahun tersebut aku tidak berniaga seperti tahun-tahun sudah. Almaklumlah, sambung belajar setelah bertahun-tahun aku berniaga. Abi yang kurang selesa dengan caraku menyuruh aku menyambung pengajianku. Sayang katanya belajar sekerat jalan. Sekurang-kurangnya ada Diploma katanya.

2 Ramadhan 1427H

Aku awal-awal lagi sudah membeli tiket untuk ke Pulau Pinang, malas menyusahkan adikku. Di tiket tertera Bas Transnasional. Waktu berlepas jam 9.00 pagi. Adikku Zaini menghantar ku ke Stesen Bas di Tanah Merah. Aku menyuruh Zaini pulang sahaja. Cukup dengan meninggalkanku di stesen bas saja.
Seperti ada yang tak kena sahaja. Tunggu punya tunggu, jam sudah menunjukkan pukul 2 ptg, tapi bas belum lagi muncul. Abi menelefonku, Abi ketawa bila aku menyuruh adikku mengambil aku dan abi menyuruh aku bersabar sahaja. Tunggu saje bas sampai.

Pukul 5.30 petang baru bas muncul, rosak katanya. Jem3x. Bas terus bertolak, aku sempat sms kepada Abi mengatakan aku sudah bertolak ke Penang. Hari kedua puasaku aku berbuka di Batu Melintang sempadan Kelantan-Perak. Pukul  11 malam Alhamdulillah aku sampai di Penang. Malam tersebut hatiku tak tenang. Mungkin kepenatan, aku terus tertidur.

3 Ramadhan 1427H

Aku bersahur ala kadar aje bersama kawan-kawan serumah. Hari tersebut aku cukup malas ke kelas. Rasa nak sambung tidur saje, tapi memandangkan aku ada kuiz akaun aku paksa diriku juga. Sebenarnya Aku takut Cik Aliza pensyarah modul akaunku mengamuk.

Pukul 11 pagi, aku menerima sms dari adikku mengatakan Abi sakit. Aku terus menelefon kerumah, bercakap dengan umi, kedengaran suara sayup-sayup Abi mengatakan beliau sakit sikit sahaja. “tak payah balik lah” kata Abi. Talian di matikan. Entah kenapa jantungku berdenyut kencang. Mahu diteruskan menelaah akaun-akaun tapi satu pun tak masuk.

Sebelum ke kelas aku solat Zuhur dirumah sewaku. Aku terlelap seketika di sejadah, mendapat satu mimpi yang menggerunkan. Aku dapati rumahku penuh dengan sanak saudara. Kulihat sekujur mayat dipenjuru ruang tamu. Terus aku terjaga.

Kelasku pada hari tersebut bermula jam 3.00 petang, aku ke kelas untuk menjawab kuiz akaun seperti yang dijanjikan Cik Aliza. Jiwa ku tak tenang. Tiba-tiba telefon berdering mengejutkan bilik kuliah, Cik Aliza merenung tajam kepada ku. Aku menjawab panggilan dari adikku. Beliau mengatakan Abi terpaksa dibawa ke hospital. Abi nazak. Ya Allah, bagaikan hancur hatiku, gugur jantungku mendapat berita tersebut. Kuiz entah kemana. Otakku blur. Pandanganku gelap. Pukul 4.15 petang, aku terus keluar dari bilik kuliah dan terus menelefon adikku. Bagaikan halilitar memanah dadaku, Adikku mengatakan Abi kembali di jemput Allah pukul 4.00 petang tadi. Air mataku berderai dipipi.

Aku buntu, nak di ambil bas takut lewat. Flight malam baru ada. Subhanallah.. Mujurlah kawan rumahku membantu mencarikan kereta. Aku, Mat Yi dan Awang balik ke Kelantan menaiki kereta yang Mat Yi pinjam. Sampai di Baling. Sepanjang perjalanan hatiku hanya dikampung. Air mataku tidak kering-kering mengalir.  Aku hanya berbuka sambil memandu. Aku sampai di kampung hampir Isya’. Seperti dalam mimpiku, sanak saudara telah memenuhi rumahku. Aku terus masuk ke laman rumah. Orang yang pertama memelukku dan menyabarkanku adalah cikgu Hadi, cikgu matematik PMR ku.

Pada hari tersebut, aku merasakan hidupku kosong. Aku boleh dikatakan rapat dengan Abi, hampir 2 tahun aku menjadi pemandu Abi. Kemana saja Abi pergi aku drivekan. Kini Ramadhan muncul lagi. Bezanya dulu aku ada Abi. Segarang-garang abi. Beliau adalah idola kepada diriku. Mendidik kami 12 adik-beradik dengan berjaya. Selalu memberi dorongan kepada ku agar jangan putus asa dan berniaga.

Pesanan abi untuk anak-anak sebelum beliau pergi:

                “Sentiasalah senang menolong orang, InsyaAllah Allah akan senang menolong kita”

Abi adalah Haji Ab. Rahaman bin Hussein. Pulang mengadap Yang Maha Esa pada tanggal Selasa 3 Ramdhan 1427H / 26 September 2006 jam 4.00 petang di Hospital Machang, Kelantan.

Al-Fatihah untuk Abi. 


               
               

Mengingati Guru Falak               


Tuesday, June 28, 2011

9 Kategori Sembahyang

Assalamualaikum wbt...

Percaya ke kita bila disebutkan bahawa hanya 1% atau 2% sahaja umat Islam yang sembahyang? Kalau kita tak percaya maknanya mungkin kita belum faham makna sembahyang. Bila kita tanya budak kecil apa itu sembahyang, dia jawab, sembah Tuhanlah!. Betullah tu, pandai pun dia jawab. Kita tanya pula diri kita yang dah dewasa ini, betul ke kita dah sembah Tuhan bila kita sembahyang?

Sebagai panduan, berikut adalah 9 golongan manusia dalam hal sembahyang. Yang betul-betul boleh dikira sembahyang ialah kategori 7,8 dan 9 sahaja. Yang lain itu hakikatnya termasuk dalam golongan 98 atau 99% yang tak sembahyang...takut juga kita dibuatnya

1. Golongan yang langsung tidak bersembahyang dan menolak perintah sembahyang.

Mereka ini namanya saja Islam, tetapi memang tak mahu sembahyang. Malah tak tahu pun macam mana hendak sembahyang dan tak ambil peduli langsung tentang sembahyang. Mengikut Hadis, mereka ini dihukum sebagai kufur. Kalau dah kufur...confirmlah kekal selama-lamanya dalam Neraka...waliauzubillah.

2.Golongan yang bersembahyang tanpa ilmu sembahyang.

Mereka ini sembahyang sebab terikut-ikut orang lain sembahyang.Tetapi yang sebenarnya, tak tamat ilmu sembahyang pun. Mereka ini tidak tahu yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Bacaan pun tak betul, yang panjang jadi pendek dan yang pendek jadi panjang. Sah batalnya tidak tahu, bab bersuci pun tidak beres lagi.
Sembahyang begini tentulah tidak diterima ALLAH SWT. Macamlah orang yang bagi jawapan tak betul dalam exam, mana cikgu nak luluskan. Tak passlah jawabnya!

3.Golongan yang ada ilmu sembahyang tetapi tak kuat nak lawan nafsu.

Mereka ini lulus subjek Pengetahuan Agama Islam, kadang-kadang boleh score A1 lagi. Tapi bila time cite Nora Elena, sembahyang pun qada'. Kadang-kadang terlepas waktu kerana sibuk sangat buat kerja nak cari duit. Kalau sembahyang pun, sembahyang exercise sahaja. Tonggang tonggek untuk lancarkan peredaran darah tapi fikiran mereka boleh round seluruh dunia.
Mereka ini golongan yang fasik atau zalim. Untuk mudah nak faham, mereka ini golongan Islam yang jahat. Macam mana yang dikatakan jahat? Mengadap Tuhan boleh lagi nak main-main...kalau depan raja pun orang dah kata biadap, inikan pula depan Tuhan, Raja segala raja.Mereka ini kalau tak merayu minta ampun, alamatnya akan dihalau dari istana raja (kalau dengan Tuhan - Syurgalah) Kalau dah dihalau dari Syurga, kemana agaknya kita kena pergi, sudah tentu semua dah maklum!

4. Golongan yang lalai dalam sembahyang

Mereka ini satu tangga lebih baik dari yang tadi. Mereka dah tak main qada' sembahyang. Kadang-kadang bila frust atau dalam keadaan stress, cukup rajin pula sembahyang jemaah dimasjid atau di surau. Orang sangka mereka ini orang baik-baik, tetapi sebenarnya belum lagi. Kalau kita nak tahu, diwaktu sembahyang hati dan fikiran mereka selalu melayang teringatkan problem yang masih tak selesai. Contohnya bergaduh dengan isteri, ceti dah datang, kunci hiang dll. Kadang-kadang sungguh hebatnya sampai teresak-esak menangis dalam sembahyang. Bukan tangiskan dosa dan takutkan Tuhan tapi sebab melayan perasaan sendiri. Dan ada dikalangan mereka yang lebih hebat lagi, bila bagi salam, kunci pun dapat!

Memang tepatlah kalau mereka ini dikatakan golongan yang lalai.Mereka ini termasuk juga golongan yang biadap dengan Tuhan, macam orang yang berdepan dengan raja tapi buat hal sendiri. Raja tetap marah kerana tidak dihormati. Di Akhirat nanti, tempat mereka ialah di Neraka Wail, waliauzubillah.

5.Golongan yang sembahyang tarik tali.

Mereka ini lebih baik sikit dari yang di atas iaitu sentiasa tarik tali antara ingat bacaan sembahyang dengan tidak. Kadang-kadang ingat, kadang-kadang lalai. Macamlah orang yang ada penyakit amnesia (hilang ingatan). Kejap sedar, kejap tak sedar. Baru cakap separuh jalan, dah pengsan. Kalau raja rasa yang penyakit ini dah teruk, tentu raja suruh dia tinggal di hospital agar penyakitnya boleh di"rawat ".Kalau masih terkawal, ada peluang juga tinggal di kalangan tetamu raja.
Jadi, golongan ini walaupun bersembahyang tapi belum selamat. Sebab terpulanglah kepada Tuhan, macam mana Than nak beri 'markah'.
Golongan ini bila sedar, hendaklah banyak meminta ampun kepada ALLAH, moga-moga ALLAH terima mana-mana bahagian sembahyang yang dia ingat, manakala yang lalai tidak dikira. Disamping itu, hendaklah mereka terus tingkatkan kualiti sembahyang mereka.

6.Golongan yang tidak memahami sepenuhnya maksud bacaan dalam sembahyang.
Mereka ini fikirannya tidak lagi melilau-lilau atau bertarik tali dalam sembahyangnya. Mereka dah boleh beri tumpuan pada bacaan-bacaan dan lafaz-lafaz yang diucap dalam sembahyang. Sembahyang mereka pun nampak cantik dan sempurna. Kalau baca Fatihah, kalah lidah orang Arab, tetapi tak ubah macam duit palsu sahaja. Nampak macam yang original tapi tak ada nilai apa-apa. Mereka ini sebenarnya tak faham apa yang dibaca...dan tak nak pula belajar makna bacaan sembahyangnya. Nak khusyuk macam mana?... memanglah impossible!
Inilah golongan awamul muslimin. Golongan ini juga belum selamat. Kalau di depan raja, mereka ini ibarat burung kakak tua yang tak faham apa yang diperkatakannya. Manusia yang berperangai burung kakak tua didepan Tuhan, manalah Tuhan suka!

7.Golongan yang selamat.

Mereka bersembahyang dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki ALLAH. Selain sembahyangnya tepat secara zahir, fikiran dan hatinya dapat ditumpukan sepenuhnya kepada sembahyang. Faham pula apa yang diucapkan dalam sembahyang.
Kalau di istana, mereka inilah yang layak jadi tetamu raja. Mereka berkelakuan sopan dan pandai menghormati raja. Raja pun suka pada mereka.Raja tidak berat hati nak offer duduk lama-lama dalam istananya.
Golongan ini selamat di dunia dan di Akhirat dan dapat masuk Syurga.Mereka inilah yang dikatakan orang-orang soleh.

8.Golongan muqarrabin

Mereka bukan sahaja khusyuk dalam sembahyang, tetapi dapat juga rasa lazat dalam sembahyang, lebih lazat dari makan sate Kajang. Bila baca tentang azab ALLAH, kecut hati dan perut mereka.Bila baca tentang rahmat ALLAH, hati mereka cukup tenang dan gembira. Mereka benar-benar dapat menjiwai sembahyang mereka.
Darjat mereka ini lebih tinggi dari golongan 7. Kalau di istana raja, mereka ibarat pekerja-pekerja yang setia dengan raja. Bukan saja mereka memuliakan raja, bahkan semua titah raja dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan rasa seronok. Tak bagi gaji pun tak apa, asalkan dapat berkhidmat kpd raja. Orang begini, memanglah boleh terus menerus duduk di dalam istana. Nak keluar masuk istana, tak payah soal siasat. Cukup tunjukkan punch card. Malah raja bagi pula kemudahan-kemudahan istimewa untuk mereka.
Di Akhirat nanti, mereka bukan sahaja selamat, tetapi tidak banyak dihisab di Padang Mahsyar. Mereka ini bukan sahaja tidak melakukan perkara yang haram dan makruh, malah yang harus juga dijadikan ibadah.

9. Golongan siddiqin

Golongan ini golongan yang luar biasa. Mereka ini bukan kena paksa diri untuk sembahyang tetapi betul-betul seronok nak sembahyang. Bukan rasa lazat sahaja, tetapi sangat terhibur dan begitu asyik mahsyuk kpd ALLAH sewaktu sembahyang (macam orang yang sedang memadu cinta) Mereka ini terdiri dari kalangan para rasul dan anbia' ALLAH.
Mereka ini ibarat menteri-menteri dan panglima raja. Mereka boleh rasa terhibur kalau terpaksa gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan raja. Mana raja tak sayangkan mereka!.
Keluar masuk istana langsung tidak diperiksa. Malah banyak keistimewaan yang dianugerahkan raja kpd mereka.Nasib mereka di Akhirat tak payahlah nak dicerita. Merekalah yang menjadi wakil Tuhan untuk selamatkan manusia.

Begitulah 9 kategori golongan manusia dan sembahyangnya...dimana kita agaknya? Bila diperiksa sembahyang kita agaknya belum lulus lagi. Ingatkan rasa lega dah tunaikan sembahyang, rasa dah cukup baik tetapi rupa-rupanya belum selamat lagi. Rupa-rupanya masih derhaka dan sangat biadap dengan Tuhan. Masya-ALLAH tak sedar yang kita derhaka dalam buat taat!.

Moh kita ukur...solat kita ni dok di kategori mano... Marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita agar kita mendapat sembahyang yang berkualiti... dok nombor 7 atau 8 InsyaAllah (Peringkat 9 memang tak boleh untuk orang macam kita).
Moga-moga kita selamat di dunia dan Akhirat. Amin ya Rabbal 'aalamin.

Saturday, August 21, 2010

Wabak Denggi Di Kawasan ambo

Assalamualaikum...

Dalam post terdahulu ambo ada tulis fakta2 denggi, pengebab dan langkah pencegahan. Sari dua ni byk kes2 denggi kita dgr,dikawasan ambo ada beberapa kes yg dirujuk ke Hospital Machang.

Bulan lepas seorang wanita berbangsa Cina telah meninggal di sebabkan denggi, dan minggu lepas 1 kes lagi dikesan, juga berbangsa cina, sbelah je kedai ambo ni. Tp alhamdulillah cepat ke hospital dan kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Berpunca dari kes-kes ni, kawasan ambo diisytihar Kawasan Wabak Denggi oleh Pusat Kesihatan Machang, usaha-usaha pencegahan telah dilakukan oleh pihak berwajib dan orang ramai.

Beberapa hari yg lepas, semburan kabus (ambo x tau nak panggil apo) telah dijalankan di sekitar bandar Machang. Semua premis2 jualan,rumah kediaman di sembur kabus.

Seingat ambo ni msk 2 kali doh... dan setiap kali semburan akan dilakukan 2 waktu, senja dan awal pagi. Berasap la kwasan kedai ambo aritu... tp suka la tgk. Bkn suka sbb datang bala, tp suka tgk penduduk sedar mengenai kebersihan sekitar. Tin-tin ditanam, longkang-longkang dibersihkan. rok-rok (semak-samun) ditebas. Alhamdulillah... hikmah di sebalik sesuatu peristiwa tu mesti ada...

Harap lepas ni kampung-kampung kita semua akan senantiasa indah dan nyaman... Amin...

Laluan ke rumah ambo...














Dlm rumah ambo...Asap bekelo..















Dalam kedai ambo pun bekelo jgk asap

Denggi.... Eeee takut.. Nauzubillah..

Demam Denggi
- merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda-tanda jangkitan

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Cara Pencegahan

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu

Ingat... mencegah lebih baik dari merawat

Friday, June 18, 2010

Cara nak dpt ep...

Assalamualaikum 4 all...

Ni chedin nak tunjuk cara yg sll chedin pakai masa nak cari ep... tp igt, jgn tamak...memadai tuk dpt ep yg nak pakai...

Sunday, June 6, 2010

Kemunculan DotA-Allstar

Assalamualaikum 4 All...

Post kali ni, aku (owner lama Sonic_Gear and AnGeL) nak cite pasal 1 kisah yg i think very malang la to that id... kisah nya berbunyi begini...

Pada suatu ketika dahulu, adalah seorang mamat ni (bkn mamat utuk) berasa 'teliur' (bahasa kelate) nak main Jin Online (aku la tu). Antara penyebab aku berminat nak main JO ni adalah bila aku tengok CheDin main Adeeq^Wanie. Lepas tu, aku balik rumah then buat la 1 id, id mage... pastu aku rasa lambat kuat... sbb aku nak pk jiran aku nama bulat pakai id ReDgObLiN (antara id kuat la masa tu)...aku suruh la CheDin cari 1 id kuat tuk aku...(beli la tu)...

Dok cari2 tu..ada sorang ni.. bdk KotaBharu nak jual id dia... Kira id top la masa tu.. id tu nama Sonic_Gear... berharga lupa la plok...tp Inda fulus cannot buy that id la....

Aku pun main la id tu..kuat woo... aku beli pet dari BabyAngelic n ramai lg la... sampai id tu antara terkuat kat Server Tun Perak... kuat tu tak la tp ada ranking....

Masa dok main tu, ramai yg dok kecek (pujuk) aku msk leg ni la,leg tu la. Tp aku stay aje kat 13thall (sbb ada anje,koya comey), antara org kanan AnGeL masa tu...

Masa tu leg war jgn ckp la.. so so boring sbb bermusuh ngan DieHard n D-Lux, (reddrag tu jo turut punggung leg kuat aje), fam war plak x soh ckp la.... x de lwn.. fam Sonic_Gear masa tu bernama Exora,pastu aku kasi fam tu kat Adeeq^Wanie (lepas Adeeq^Wanie kuar dari fam REDDRAG,sbb ketua dia x kenang budi)...Exora kekal ngan AdeeqWanie sampai lani manakala Sonic_Gear buat fam baru yg bernama AllStar...

Nak dijadikan cite la,masa tu ada la id girl ni nama Ixora dok main cintan cintun ngan Sonic_Gear... After that si Sonic ni kuar la 13thall join DH... sbb temakan pujuk geng2 DH, antara slogan nya "X kan nak main dok bawah cina aje".
Masa tu main la sonic kat Leg DH... seigt aku la..ari2 bdk2 tu call aku (nok baik nga akula katokan).

Sampai 1 masa tu, sonic kuar DH join AncientKnight... jd ketua kejap,pastu ada la 1 id ni jeles sbb x dpt kat dia post Ketua tu, id tu nama HondaDevil sbb sblm tu Honda pegang post tu,tp bila diarah oleh AnGeL beliau pun kasi la kat Sonic dgn dendam membalo (kato wokyoh)... pastu dok bising2 la... Honda jeles,Valentine nak blk ketua, maka kami berpakat nak up legion lain.. timbullah idea nak up DotA-Allstar masa tu ada kat manaquen -ZEUS- (owner lama,owner lani x paka gawa)...

Pastu timbul kisah PKT plak, dimana AnGeL ada deal dgn ZEUS (aku da beli AnGeL masa tu), pkt atas 100 zeus pegang, PKT 81-100 AnGeL pegang... deal ni dipersetujui kerana masa tu AnGeL pakai eq Honda main pkt bwh,tp sbb kes dendam lama(kes berebut ketua AK) Honda x kasi pinjam eq dia, dia up lvl eq tu.. maka AnGeL pun buat la eq sendiri main bwh 100,tp kena ks plak kat Wizard. Sbb tu la AnGeL main atas 100 lwn ZEUS..ZEUS plak kalah kat AnGeL masa tu. (ZEUS igt AnGeL ni tamak la sbb semua nak sapu), AnGeL suruh la ZEUS turun main PKT bwh, tp byk plak alasan dia (sebb dia baik ngan WIZARD tu)... timbul la setan kecek ZEUS (pyan) kecek kata xde faedah pakat ngan AnGeL.

Aku main aje la..PKT 70-80 pun jadila... pastu ZEUS gomo plok pakat ngan DH n DL add Dota enemy... aku x ley kata apa sbb diorang kata aku tamak... aku up jin2 aku... Sampai 1 masa tu nak compose jin, aku nak on la id Sonic_Gear, igt2 aku masa tu aku main kat cc CheDin.

Timbul plok la cite baru, id Sonic_Gear aku tu x ley on, tgk kat id CheDin (Adeeq^Wanie) ada msj offline 'Sonic_Gear telah mengucapkan selamat tinggal kepada Jin Online'. aku gelabahla (beli paka duit tu boh), aku call GM. Sah, id aku kena delete kat dajjal. Mgkin sbb dengki, aku call owner lama, Alhamdulillah, dia tolong fax ic kat GM dan id tu dpt blk la... tp ep, gold, barang-barang dlm gudang lesap... bila dpt blk aku mtk tlg chedin sbb chedin ada kwn kat Syrikat JO n MIMOS (kata dia la)... dia dpt kesan ip org yg on dan delete id Sonic tu. Mengikut kwn CheDin, id tu di on 2 kali... IP kat Selatan skali n kat Utara skali, aku blh agak la.. sbb ramai2 kawan, aku kasi pass aku ni kat Dutz,CheDin n id girl yg aku cite kat atas tu... dgr cite pakwe girl tu org Utara. Bdk-bdk DieHard tau la kes ni... Aku diamkan ajelah sbb id aku da dpt blk...

Lepas pada tu, tenet kawasan aku buat hal... CC CheDin pun sama, dok DC aje. main pun x best.. Aku pun jual la 2 id aku, AnGeL kat BabYAngelic dan Sonic_Gear kat Dark_Cruseder...

Lama da x main, smlm aku g CC CheDin, dia ckp id Sonic tu kena scam lagi, ape kenala id tu aku x tau, ramai sgt manusia dengki... post ni CheDin suh aku tulis...nak cite kat newplayer prangai org yg kuat BC... K lah... main molek2 la semua... aku nak g kedai ayam aku... tata... Yang main sonic tu... kwn2 demo tu x ley tolong demo, insyaAllah kawe tolong demo...

Wassalam.

Ditulis oleh : Shahrul Nizam utk blog chedinmisai.blogspot.com

p's: cite ni x de reka2, lau x caya.. tnya HondaDevil,pyanz,owner lama Putera (eja camne dah kawe lupa tp dia main HangJebat pakai id ~cCc~)
Related Posts with Thumbnails